Friday 11 April 2014

Journey to Perhentian Kecil - Day 1 (7th April 2014)


Hari Ahad (6 April 2014) yang lepas, bermula lah penggembaraan aku dan Annur ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak di Terengganu. Untuk ke sana, kami memilih untuk menaiki bus ekspress yang bertolak dari Hentian Putra ke Jeti Kuala Besut. Aku mula bertolak dari rumah sekitar jam 8:30 malam sesudah selesai menikmati bihun goreng yang dimasak oleh emak, membungkus 2 burger kukus untuk dimakan di dalam bas kemudian dan membeli tiket bas untuk pulang nanti. Selepas itu, aku terus menaiki teksi untuk ke station KTM Batu Caves dan membeli tiket ke station Putra untuk bertemu dengan Annur.

Jam 9:22 malam aku tiba di station tersebut. Aku segera ke arah Annur dan kami mula bergerak menuju ke Terminal Bas Hentian Putra. Setibanya kami di sana, pekerja di situ mengatakan bas kami baru sahaja berlepas bergerak ke Hentian Bas di Greenwood, Gombak. Aku mula berasa cemas dan panik kerana aku risau trip ini akan terjejas disebabkan kelewatan aku. Aku segera menelefon kawanku yang berada di Greenwood untuk memberhentikan pemandu bas tersebut dan memberitahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk ke sana.

Dalam kekalutan, kami segera bergerak ke jalan utama untuk mendapatkan teksi. Terdapat beberapa pemandu teksi yang menunggu di luar terminal tersebut tetapi mereka tidak menggunakan meter dan meletakkan harga yang tidak munasabah (RM50 untuk ke Greenwood? mmg bodoh lah kalau aku naik). Jadi, kami terpaksa berjalan kaki ke hadapan bagi mendapatkan teksi lain. Sambil berjalan aku menahan mana-mana sahaja teksi yang melalui kawasan itu dan akhirnya satu teksi berhenti tetapi pemandu tersebut juga tidak menggunakan meter dan meletakkan harga RM20. Selepas tawar-menawar dan kesuntukan masa, kami bersetuju untuk membayar RM15. Pemandu tersebut segera bergerak menuju ke Greenwood dan apabila sampai sahaja di sana, aku ternampak bas tersebut berhenti di lampu isyarat sebelum memasuki lebuhraya. Aku beritahu pemandu itu untuk membuat U-turn dan mengejar bas tersebut. Alhamdulillah, bas tersebut berhenti di Tol UIA, Gombak kerana terdapat penumpang yang ingin menggunakan tandas dan kami terpaksa membayar RM30 kepada pemandu teksi tersebut (xpelah janji dapat naik bus).

Bus berhenti berehat di R&R Gua Musang


Sejurus menaiki bas itu, kami hanya mampu ketawa mengenangkan peristiwa kejar-mengejar sebentar tadi (what a way to start our journey...hahaha). Kami tiba di Hentian Bas Jeti Kuala Besut sekitar jam 6:15 pagi dan terus ke kaunter Kuala Besut Travel & Tour Sdn Bhd bagi mendapatkan tiket bot untuk ke Pulau Perhentian Kecil yang akan bertolak pada jam 7 pagi. Sebelum menaiki bot, kami dikehendaki untuk membayar caj pemuliharaan kepada kaunter Jabatan Taman Laut Malaysia yang terdapat di jeti tersebut. Sesudah itu, kami segera menaiki bot menuju ke kawasan Coral Bay. Memandangkan kami tidak membeli apa-apa pakej percutian, jadi aku bercadang untuk survey harga penginapan di kawasan ini terlebih dahulu kerana suasana nya yang lebih tenang dan nyaman berbanding di Long Beach. Jam 8 pagi kami tiba di kawasan ini. Suasana pagi di sini amat sunyi dan kebanyakkan kedai dan chalet masih belum dibuka. Chalet pertama yang kami tuju adalah Ombak Resort (harga untuk satu bilik semalaman adalah RM150 dan dorm RM40 seorang). Setelah itu kami menuju ke Senja Bay Resort ( harga untuk satu bilik sahaja semalaman adalah RM100 dan jika beserta breakfast RM130). Akhirnya, kami memilih untuk menginap di Fatimah Chalet selama 2 hari dengan bayaran RM100 sahaja.
Jeti Kuala Besut
Tiket Bot dua hala ke Pulau Perhentian
sang matahari mula terbit
Akhirnya, berjaya juga kami jejakkan kaki di Coral Bay



Sesudah menjelaskan bayaran, kami terus menuju ke bilik untuk berehat sebentar. Bilik di Fatimah Chalet tidaklah mewah dan cantik tetapi cukup untuk memenuhi keperluan asas. Biliknya simple dan basic sahaja, mempunyai 1 queen bed beserta kelambu, bilik air beserta tandas dan kipas dinding (tiada almari untuk meletakkan barangan tetapi mempunyai tempat untuk menyangkut baju). Jam 11 pagi, kami keluar ke Maya Chalet yang terletak berhampiran dengan chalet kami untuk booking snorkeling trip untuk keesokkan hari. Selepas itu, kami bergerak menuju ke Long Beach melalui trek yang sedia ada di belakang Ombak resort. Kami habiskan masa di sana dengan explore kawasan persisiran pantai dan mandi - manda sehingga petang. Pantai di Long Beach sangat luas dan pemandangannya begitu cantik. Kebanyakkan pelancong yang menginap di sini adalah pelancong asing jadi apabila berada di sini, terasa seperti berada di luar negara pula. Kagum apabila melihat keindahan pantai di sini, air laut kebiruan, pasir nya pula putih dan halus ( this is the most beautiful beach i have been so far in my life).












Setelah selesai di Long Beach, kami meneruskan lagi sesi mandi - manda di Romantic Beach pula. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa nama sebegitu. Pantai ini berdekatan sahaja dari Coral Bay dan kami perlu menembusi Shari-La resort untuk ke sana. Di sini tidak ramai pelancong dan agak private daripada pantai sebelum ini.  Tarikan utama di sini adalah sunset watching. Oleh itu, sementara menunggu matahari untuk terbenam, kami habiskan sisa-sisa masa yang ada dengan aktiviti swimming dan berendam.
















Pada sebelah malam pula, kami ke Fatimah Chalet untuk menikmati makan malam. Kami memilih untuk merasai bbq set yang terdapat di situ ( tidak sah kalau ke pantai tidak menikmati hidangan bbq). Harga makanan di pulau ini agak mahal jika hendak dibandingkan dengan KL. Tetapi terpaksa juga makan supaya lebih bertenaga untuk menjalani hari berikutnya. Aku memilih set Sotong dan Annur memilih set King Fish. Setelah itu, kami kembali ke kawasan Long Beach untuk melihat suasana malam di sana. Kehidupan pada waktu malam di sini, lebih kepada shisha, beer, chill dan persembahan api. (mostly foreigner di sini). Oleh kerana kami baru sahaja dinner, jadi kami cuma lepak di jeti menikmati pemandangan bintang-bintang di langit sambil ditiup angin laut. Sekitar jam 11 malam kami pulang ke bilik dan tidur.




Itu sahaja cerita yang dapat aku kongsikan untuk hari pertama ini.

Perbelanjaan Hari Pertama (untuk 2 orang) :
Tiket bus Ekxpress Perdana (Hentian Putra - Kuala Besut) - RM88
Tiket bus Ekspress Perdana (Kuala Besut - Kajang) - RM95
Tambang Teksi - RM30
Tambang Bot (pergi & balik) - RM140
Caj pemuliharaan - RM10
Fatimah Chalet - RM100
Maya Snorkeling Trip - RM70
BBQ dinner - RM40

Jumlah Perbelanjaan:  RM573






No comments:

Post a Comment