Friday 11 April 2014

Journey to Perhentian Kecil - Day 3 (9 April 2014)

Hari kami bermula agak lambat pada hari ketiga ini kerana masing-masing masih lagi kepenatan akibat bersnorkeling seharian semalam. Ini merupakan hari yang terakhir untuk kami explore pulau ini kerana bas ke KL akan bertolak jam 9 malam nanti. Jam 10 pagi kami betul-betul bangun dari katil dan mula bersiap dan mengemas apa yang patut sebelum check out pada jam 11 pagi. Setelah itu, kami tinggalkan sebentar beg kami di Fatimah Cafe kerana kami ingin jungle trekking ke Wind Mill yang terletak di sebalik pulau ini.

Untuk ke sana, aku cadang pada Annur untuk mengikut trek jungle trekking sahaja kerana lebih adventure dan tidak perlu mengeluarkan duit untuk menaiki bot teksi seperti kebanyakkan pelancong lain. Abang Mat pesan untuk ke Long Beach dan menuju ke Moonlight Chalet untuk bertanyakan arah untuk ke Wind Mill ini. Jadi, kami pun mula bergerak ke sana dan bertanyakan kepada brother yang berada di sana. Laluan ke sana tidak lah begitu rumit tetapi kena berwaspada dan alert kerana cuma ada satu papan tanda sahaja yang menunjukkan arah ke tempat yang kami ingin tuju ini.






Kami ke sana melalui jalan di sebelah restoran Bubu Long Beach Resort dan ikut sahaja bekas trek jungle trekking yang ada. Keadaan jalan pada awalnya curam dan berbatu dan selepas itu jalan nya berpasir dan agak licin menuju ke puncak bukit. Kami mengambil masa dalam 30 - 40 minit untuk mendaki bukit tersebut dan dan sampai ke puncak bukit tersebut. Terdapat 2 kincir angin yang besar di atas puncak bukit ini dan beratus anak tangga beratapkan papan solar yang menuju ke bawah menghadap lautan biru yang terbentang luas. Dahulu, kincir angin ini merupakan sumber jana kuasa bagi pulau ini tetapi kini tidak lagi berfungsi.
















Permandangan daripada puncak kincir angin ini tersangat cantik dan begitu memukau pandangan. Tidak sia-sia kami berpenat lelah mendaki sehingga ke puncak. Sebelum ini aku cuma melihat keindahannya melalui gambar-gambar daripada internet tetapi hari ini aku dapat melihat dengan mata ku sendiri. Kami habiskan sisa-sisa masa yang ada dengan mengkagumi keindahan pemandangan yang terbentang luas daripada puncak bukit sehinggalah ke anak tangga yang terakhir. Kami cuma relax, merasai tiupan angin laut, melihat ombak menghempas ke batuan dan berborak.

Jam 2 petang, kami meninggalkan puncak bukit ini dan kembali menuruni bukit yang curam tadi untuk pulang ke Coral Bay. Instead of using the same route going up, we chose to take the jungle track to Coral Bay. Kami berjalan mengikut sahaja laluan paip air kerana keadaan jalan agak samar-samar. Ketika ini, masing-masing sudah mula merasa kepenatan yang teramat sangat sehingga melebihi kepenatan bersnorkeling sepanjang hari. Air mineral yang kami bawa juga telah kami habis kan di kincir angin tadi. Jadi kami terpaksa mengharungi hari yang panas selama 40 minit untuk ke Coral Bay semula.





Sampai sahaja di Coral Bay, kami terus mendapatkan beg kami dan lepak minum di Amelia Cafe bagi menghilangkan dahaga dan gain energy sambil menunggu bot tiba. Aku minum M&M shake dan Annur pula minum Mars shake. Kami minum perlahan-lahan dan menunggu sehingga jam 3:45 untuk menaiki bot ke Kuala Besut yang akan bertolak jam 4 petang nanti. Jam 5 petang kami tiba di jeti Kuala Besut dan kami berehat sebentar di surau berdekatan jeti tersebut. Jam 6 petang pula, kami bergerak ke kawasan sekitar untuk makan petang dan lepak di sana sehingga jam 7 petang. Setelah itu kami kembali semula ke jeti untuk menunggu waktu tiba bagi menaiki bas.






Jam 9 malam, kami menaiki bas dan tiba di Hentian kajang jam 7 pagi keesokkannya. Dengan itu, tamatlah sudah penggembaraan aku bersama Annur ke Pulau Perhentian Kecil. Aku enjoy every moment of travelling with Annur because he is the best travel partner that i've ever had so far and he doesn't mind to walk every corner of the island and we get to explore a different sides of the island. It was an adventurous journey for both of us and we will definitely come back to explore more of it.



Perbelanjaan Hari Ketiga
Milkshake di Amelia Cafe - RM14
Makan petang di jeti Kuala Besut - RM21

Jumlah Perbelanjaan - RM35

Jumlah keseluruhan perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam untuk 2 orang = RM681

1 comment:

  1. Bapak best journey ni, next time aq nak follow.. Serious talk..

    ReplyDelete