Friday 11 April 2014

Journey to Perhentian Kecil - Day 2 ( 8 April 2014)

Untuk hari kedua, kehidupan kami di pulau ini bermula jam 8 pagi. Kami bersiap-siap dan menikmati breakfast yang sangat mesra kos dan simple. Breakfast kami hanyalah roti gardenia yang disapu peanut butter jam dan nutella bersama air mineral spritzer. Barang- barang aku bawa daripada KL kerana aku banyak baca review daripada bloggers lain yang mengatakan makanan-makanan di sini agak mahal. Oleh kerana aku kini berstatus pelajar, maka perlu lah berjimat-cermat apabila berbelanja.




Jam 9:45 pagi, kami mula melangkah keluar ke tempat berkumpul untuk aktiviti snorkeling. Untuk makluman pembaca, tour guide snorkeling trip ini akan membawa kami ke 6 point iaitu coral point, turtle point, shark point, lunch break at Kg Nelayan, Light House dan Romantic Beach. Trip ini mengambil masa selama 1 hari dari jam 10 pagi sehinggalah 5 petang dan jika anda tidak pandai berenang atau tidak mempunyai kelengkapan untuk snorkeling, jangan risau kerana all the gears are provided (mask, fins and life jacket). Di sini juga disediakan perkhidmatan underwater photography untuk mereka yang ingin bergambar tetapi tidak mempunyai water proof camera or go pro (seperti aku...hahaha).






Kami bergerak ke bot setelah semua kelengkapan diagihkan kepada setiap peserta trip ini. Trip kumpulan kami ini terdiri daripada warga tempatan dan juga warga asing. Abang-abang warga tempatan ni datang daripada Melaka dan Kelantan, manakala yang warga asing pula ada yang berasal dari Australia, France dan beberapa lain yang tidak diketahui (rugi pulak rasanya bila x beramah mesra dan berborak-borak dengan mereka). Tour guide kami pada hari ini adalah Abang Mat daripada Ombak Resort. Selain membawa pelancong untuk snorkeling, abang Mat juga membawa mereka yang ingin dive dan mendapatkan lesen scuba diving. Untuk ke point pertama iaitu Coral point, abang Mat membawa kami ke kawasan pesisiran Pulau Perhentian Besar. Setelah siap memakai peralatan-peralatan untuk snorkeling, kami mula terjun dan snorkel. Ini merupakan pengalaman pertama aku snorkeling, selama ini cuma lihat daripada kaca tv or internet sahaja. Pemandangan dan kehidupan di dasar laut amat cantik, melihat coral dan ikan-ikan yang berbagai jenis dan warna. Abang Mat juga turut serta turun untuk mengambil gambar dan memberi ikan makan untuk menarik perhatian ikan-ikan tersebut keluar supaya kami dapat merakamkan momen bersama ikan-ikan tersebut. Leka seketika apabila seronok melihat keindahan dasar laut sehinggakan kami tidak perasan bahawa peserta-peserta yang lain dan Abang Mat telah menaiki bot.









Seterusnya, kami bergerak ke Turtle point pula tidak jauh daripada coral point (masih di sekitar pesisiran Pulau Perhentian Besar). Keadaan agak padat dan tidak selesa kerana terdapat ramai orang pada ketika ini dalam 40 ke 50 orang untuk melihat seekor penyu. Setibanya kami di sini, Abang Mat bertanyakan kepada kawannya yang telah tiba terlebih awal samada terdapat penyu atau tidak pada masa itu. Beberapa minit selepas itu, Abang Mat memberitahu kami untuk bersiap sedia melihat ke arah laut kerana penyu on the way untuk naik ke atas. Keadaan agak riuh apabila penyu itu timbul dan pelancong-pelancong mula berasa teruja. Sebelum kami dibenarkan untuk turun daripada bot, Abang Mat sempat untuk berpesan "You may swim with the turtle but do not touch them". Penyu tersebut tidak berapa aktif pada waktu itu dan lebih banyak habiskan masa di dasar laut, jadi kami tidak berpeluang untuk mendekati penyu itu kerana aku tidak boleh dive ke dasar laut. Oleh itu, aku segera kembali ke bot dan menunggu untuk ke point seterusnya.








Selang beberapa minit dari Turtle Point, kami tiba di Shark point pula. Di sana juga terdapat 2 bot yang membawa pelancong yang lain dan abang Mat berkata kemungkinan untuk melihat jerung mungkin 50/50 kerana jerung tidak keluar apabila orang ramai. Untuk memuaskan kami, Abang Mat turunkan kami dalam jarak 100 meter daripada shark point itu dan minta kami take time, enjoy the sea view, dan slowly berenang ke point itu. Agak lama juga kami berenang tetapi tidak juga kelihatan satu jerung. Apabila kami semakin menghampiri point tersebut, aku melihat kelibat ikan jerung di hadapan Annur dan kami pun mengekori jerung tersebut tetapi cuma seminit dua sahaja kerana selepas itu jerung itu hilang daripada pandangan kami dan kami tidak lagi dapat melihat jerung yang lain. Menurut Abang Mat, jerung di sini adalah jenis Blacktip dan tidak ganas.











Hari semakin panas dan perut pun mula berkeroncong, Abang Mat membawa kami ke MJ Cafe yang terletak di Kg Nelayan, Pulau Perhentian Kecil untuk menikmati hidangan makan tengahari. Aku memilih Ice Kacang ABC dan Nasi Goreng Ikan Masin dan Annur pula memilih Air Coconut Shake dan Nasi Goreng Paprik. Harga makanan di sini agak berpatutan jadi kami memutuskan untuk bungkus sahaja makanan daripada sini untuk dijadikan sebagai makan malam nanti (Nasi Goreng Kampung for me and Nasi Goreng Ayam for Annur). Makanan di sini sangat sedap dan setimpal dengan bayaran yang dikenakan tetapi servisnya agak lambat dan kami terpaksa menunggu dalam masa yang agak lama. Sementara menunggu makanan tiba aku sempat membeli roti kerana roti yang aku bawa daripada KL itu telah habis pagi tadi.










Selesai makan, kami mula bergerak menaiki bot dan menuju ke Light House pula. Aktiviti utama di sini adalah terjun daripada light house tersebut. Oleh kerana terdapat ramai orang ketika itu, Abang Mat minta kami untuk snorkel dahulu kerana di sini coralnya cantik. Kami pun mula terjun ke dalam air, Tidak lama aku di sini kerana air nya begitu dalam seperti aku sedang berdiri di tingkat 3 jadi aku segera kembali ke dalam bot dan hanya melihat Annur dan pelancong-pelancong asing itu tadi berenang. Tidak lama kemudian, Annur pula kembali ke bot dan aku minta dia untuk cuba terjun daripada Light House itu supaya aku dapat tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Aku tidak terjun ketika itu kerana risau aku akan lemas, tetapi apabila fikirkan semula, aku berasa rugi kerana telah melepaskan peluang yang ada.










Untuk point yang terakhir, Abang Mat membawa kami ke kawasan yang sedikit private di Romantic Beach. Tarikan utama di sini adalah melihat Ikan Badut atau dalam bahasa English Clown Fish. Yes, Clown Fish yang seperti dalam filem animasi Finding Nemo itu. Kami berasa amat teruja melihat ikan tersebut, bukan dua tiga tetapi terdapat puluhan clown fish yang berenang-renang disebalik tumbuhan karang sama seperti di dalam filem tersebut. Aku terpaku seketika melihat telatah ikan-ikan ini. Selain daripada Nemo, terdapat juga ikan-ikan yang lain di sini (dan tentunya ikan-ikan tidak dapat anda lihat di mana-mana pasar ikan...hahaha..). Setelah puas snorkel di sini, aku segera kembali ke bot sambil menunggu peserta yang lain. Tidak lama kemudian, Abang Mat datang ke arah bot dan membawa bersama ikan pari untuk tatapan kami. Geng pelancong asing paling teruja dan mereka bergilir-gilir untuk mengambil gambar sambil memegang ikan pari itu. Kemudiannya, trip snorkeling tamat dan kami kembali pulang ke Coral Bay.








Servis yang diberikan oleh Abang Mat adalah yang TERBAIK!!!. Abang Mat tidak hanya duduk sahaja di dalam bot tetapi juga turun sama-sama snorkeling dengan kami dan bawa kami ke kawasan-kawasan yang menarik dan jauh daripada orang ramai. Dia sanggup menunggu customer dan selagi customer ingin bergambar, selagi itu dia akan berada di dalam air. So, kepada yang ingin bersnorkeling di Pulau Perhentian Kecil, boleh lah hubungi Abang Mat (014-8121 142)

Setelah selesai sesi snorkeling tadi, kami pulang ke bilik untuk bersihkan diri dan kemudian makan nasi goreng yang telah kami bungkus sebentar tadi. Selesai sahaja makan, sekali lagi kami ke Romantic Beach untuk melihat matahari terbenam.

Pada sebelah malam pula, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Annur kepenatan selepas seharian snorkeling dan tidur sepanjang malam tersebut. Jam 9:30 malam, aku keluar ke Ombak cafe berjumpa dengan Abang Mat  untuk membeli CD yang mengandungi gambar-gambar dan video sepanjang sesi snorkeling siang tadi. Terdapat 953 gambar dan 1 video ikan jerung yang berjaya dirakamkan oleh Abang Mat di dalam CD tersebut. Setelah itu, aku ke Long Beach untuk melihat pertunjukan api dan lepak di tepi pantai.

Perbelanjaan Hari Kedua:
Makan tengahari di Kg Nelayan - RM38
Roti - RM5
CD - RM30

Jumlah Perbelanjaan : RM73










No comments:

Post a Comment